Friday, May 14, 2010

a note to you

"Jangan sedih-sedih tau. Tu bukan Sarah yang H***** kenal."

Bila saya ckp "Tak sedih dah. Dont worry." Dia pulak kata, "Worry lah. Sarah kawan perempuan yang baik, so kena worry."

Sangat terharu. Banyak kata-kata semangat yg diberikan, tak lupa juga nasihat dan ayat-ayat membina. Selama kita kawan, takde lah nampak sangat kita rapat kan, tapi sesungguhnya bila sesekali chat, awk sangat mengenali saya, dan risau kan saya. Dah lama kita kenal, sejak sekolah rendah lagi. Selalunya banyak gaduh and kutuk mengutuk. Dah besar, usik-mengusik pula. Kenangan oh kenangan. Memang rindu zaman muda, zaman tak ada masalah kehidupan. Yang perlu dirisaukan adalah markah periksa. Sekarang, macam-macam dugaan dan halangan yang kita lalui, masing-masing dengan jalan, cara dan perihal sendiri. Tapi kita sama-sama memberi semangat.

Bila chat dengan awak, kadang-kadang rasa sedih. Rasa nak menangis meraung-raung menceritakan perihal hidup sendiri. Saya berikan ikon senyuman untuk awak, tetapi realiti menahan sebak, sakit mahu menelan air liur. Tapi saya tak mahu awak risau. Saya tahu awak banyak hal lain yang perlu dirisaukan. Awak ada jalan sendiri yang penuh onak. Saya risaukan awak juga, tapi saya tak tahu macam mana nak kuatkan semangat awak, sebab semangat saya pun sudah tak kuat. Ya Allah, lindungilah sahabatku ini, berikan lah dia semangat untuk meneruskan perjuangannya, semoga dia tidak putus asa, dan tidak lupa harapan keluarga dan rakan-rakan. Sesungguhnya dia sahabat yang baik. Saya tahu dalam senyuman awak, penuh serba gelisah. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak. Sentiasa menyebut-nyebut nama awak kepada suami, menceritakan sesungguhnya awak sahabat saya.

Saya sentiasa ingat kata-kata awak. Setiap satu saya jadikan semangat, dan berikan saya kekuatan untuk percaya, suatu hari nanti kebahagiaan akan tiba, Insyallah saya doakan, untuk saya dan untuk awak. Semoga awak dapat capai apa yang awak impikan. Jangan gusar bila sesekali terasa kehilangan arah tuju. Satu hari nanti awak pasti akan mendapat jalan yang lurus, dan awak akan berlari untuk mengejarnya. Tidak lagi merangkak-rangkak. Amin.

Saya harap kita dapat berjumpa, dan bersua muka. Dapat bergelak ketawa dan lupakan segala apa yang kita pernah bicara di dunia cyber. Lupakan kesedihan, kerana saya tahu awak dapat membuatkan saya lupa keluh kesah dengan kerenah awak yang melucukan.

Kadang-kadang saya marah dengan sikap endah tak endah awak. Tapi saya tahu awak sembunyikan diri sendiri, sesekali dia keluar dan rupanya awak seorang yang amat teliti. Sentiasa teliti, memahami dan mendengar sekeliling awak. Memerhati dalam diam. Fikiran awak tajam. Perspektif awak sentiasa positif. Saya beruntung dapat mengenali awak. Hati budi awak. Saya tahu awak tak membaca ruangan kecil saya ini. Tetapi saya harap awak tahu, saya amat menghargai kehadiran awak dalam hidup saya.

Dan insyallah, bila saya jadi ibu, kalau saya tidak menamakan salah satu anak saya sempena nama awak, saya akan ceritakan perihal awak, 'godfather' mereka. Jangan risau, yang baik-baik sahaja ;)

Insyallah suatu hari nanti. Kita akan sampai ke destinasi yang kita impikan.

1 comment:

iezu said...

h***** is indeed a nice fella. sometimes i wonder knp as menongkah usia, dah x rapat cam sekolah rendah dulu. but i suppose most friendships are like that, good while it lasts..